Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah menerima dua anugerah “Tourism inSPIRE” di Filipina 

6:20pm 21/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 66 views Mutakhir,Tempatan
Dari kiri Joniston, George, Henry, Gavin, Baton dan Susan memegang anugerah yang diterima oleh mereka

Dari kiri Joniston, George, Henry, Gavin, Baton dan Susan memegang anugerah yang diterima oleh mereka

KOTA KINABALU- Dua buah syarikat pelancongan di negeri ini telah menerima anugerah “Tourism inSPIRE” yang telah dianjurkan oleh Lembaga Promosi Pelancongan Filipina, baru- baru ini.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata penerima-penerima bagi anugerah tersebut merupakan syarikat pelancongan yang dikendali oleh orang Sabah sendiri iaitu Sukau Rainforest Lodge dan Borneo Rainforest Lodge.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sangat berbangga dengan pencapaian tersebut.”

“Ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan di negeri ini setanding dengan sektor pelancongan di seluruh dunia”, katanya kepada para media di pejabat Lembaga Pelancongan Sabah, di sini, petang tadi.

Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) telah menyediakan enam anugerah ” Tourism inSPIRE” dalam Forum “PATA New Tourism Frontiers” 2015 yang telah berlansung pada 27 November, yang lalu di Legazpi, Albay,Filipina.

Menurut Joniston lagi, negeri Sabah telah menerima dua anugerah daripada enam anugerah yang telah disediakan dalam majlis tersebut.

Dalam majlis itu, Sukau Rainforest Lodge telah menerima anugerah “Best Independent Accomodation” manakala Borneo Rainforest Lodge telah menerima anugerah “Best Responsible Tourism Destination”.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengurus Besar Borneo Eco Tours, Baton Bijamin, Penolong Pengurus Besar, Susan Soong, Pengurus Borneo Nature Tours, George Hong serta dua orang staf pengurusan Borneo Nature Tours, Gavin Sham dan Henry Llamas . Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan