Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi akibat kebakaran

4:45pm 05/02/2016 Leolerry Lajius 84 views Tempatan
Wan(tengah) menyampaikan sijil pelatih terbaik bagi kursus sains kebombaan siri 1  kepada Alihuddin(penerima)

Wan(tengah) menyampaikan sijil pelatih praktikal terbaik bagi kursus sains kebombaan siri 1 kepada Alihuddin(penerima).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Negeri Sabah mencatatkan jumlah kematian yang tinggi akibat kebakaran berbanding dengan negeri lain.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Yang Amat Setia Datuk Wira Hj. Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, mengikut rekod Sabah dan Sarawak mencatatkan statistik kematian akibat kebakaran termasuk melibatkan kes kemalangan maut yang tinggi.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar sentiasa menitikberatkan pendawaian di rumah masing-masing kerana ia merupakan antara faktor kepada tercetusnya kebarakan,”katanya ketika sidang media sempena majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains

Kebombaan siri 1/2015 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wilayah Sabah pagi tadi.

Beliau juga menyeru masyarakat agar sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya ketika musim perayaan kerana kebiasaannya kes kemalangan akan meningkat 10% dari hari-hari biasa.

Gembira ,para pelatih bergambar selepas sahaja majlis tamat latihan kusus  sijil sains kebombaan siri 1.-Gambar Oleh Alex Mairin

Gembira ,para pelatih bergambar selepas sahaja majlis tamat latihan kusus sijil sains kebombaan siri 1.-Gambar Oleh Alex Mairin

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah YS PKPjB Hj. Nordin bin Pauzi sempena musim perayaan ini, kempen keselamatan Tahun Baru Cina telah dilancarkan yang melibatkan pemeriksaan tahap keselamatan terhadap bangunan-bangunan penting.

“Kempen yang telah dilancarkan di Sandakan sejak seminggu yang lalu ini memberikan fokus kepada 500 buah bangunan yang telah ditetapkan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa juga akan diteruskan,”katanya ketika sidang media tersebut.

Seramai 55 orang pelatih berjaya menjalani latihan tersebut sehingga tamat dan pelatih yang menerima anugerah terbaik keseluruhan adalah PB Ronyka bin Raaming, pelatih praktikal terbaik adalah PB Alihuddin Ricky dan PB Khairul Anwar bin Wahab.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Persembahan gimik dari pelati kursus sains kebombaan siri 1,menyelamatkan mangsa  dari kebakaran bangunan dengan mengunakan "flying fox" sambil membawa bendera malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Persembahan gimik dari pelati kursus sains kebombaan siri 1,menyelamatkan mangsa dari kebakaran bangunan dengan mengunakan “flying fox” sambil membawa bendera malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan