Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Mencatat Bilangan Kehamilan Remaja Paling Tinggi

Datuk Jainab memberi sijil penghargaan kepada wakil daripada Pusat Remaja Kafe@TEEN
Datuk Jainab memberi sijil penghargaan kepada wakil daripada Pusat Remaja Kafe@TEEN

KOTA KINABALU- Sabah merekodkan bilangan remaja hamil di usia muda yang tertinggi pada tahun 2014 iaitu sebanyak 4793 kes.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, perlaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Remaja (PEKERTI) dapat meningkatkan pengetahuan dan sikap yang lebih positif terhadap kesihatan reproduktif bagi diri, keluarga dan masyarakat.

“Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat terutamanya remaja agar tidak terlibat dalam salah laku seks
dan bukan untuk mengalakkan aktiviti seksual di kalangan remaja di sekolah” kata beliau.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid semasa merasmikan majlis penutupan Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja Sabah, di sini, hari
ini.

Menurut Jainab, ibubapa juga perlu diberikan kesedaran untuk mebendung masalah kehamilan remaja di negeri ini dimana mereka sepatutnya tidak
menggalakkan anak remaja mereka untuk berkahwin awal.

“Mengikut satu kajian, remaja yang berkahwin dan melakukan hubungan seks dalam usia yang muda akan mudah mendapat penyakit, salah satunya
ialah “urinary incontinence” dimana mereka susah untuk mengawal air kencing mereka”, kata Jainab

Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN Malaysia, Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail.– Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan