Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH MENANG SATU DARIPADA DUA SASARAN EMAS KARATE MELALUI MAY

 

Maychelle (dua dari kiri) berdiri di podium selepas menerima pingat emas Sukma XIX Perak. Gambar SNT

KOTA KINABALU: Sabah mendapat pingat emas yang pertama dalam sukan Karate di Sukma Perak 2018.

Maychelle Roger Mool, 19 mempamerkan persembahan mantap pada kejohanan kali ini untuk menang emas dalam kategori kumite individu wanita 61kg.

Kemenangan Maychelle menewaskan R. Shalini dari Selangor menebus kekecewaannya kalah di pertandingan akhir kategori sama di Kuching dua tahun lalu.

“Kemenangan ini adalah untuk ibubapa saya yang begitu kuat memberi sokongan kepada saya dan juga untuk Odu (nenek). Saya ada berjumpa dengan dia sebelum pergi ke Perak untuk bersalaman dan minta blessing. Saya juga minta maaf sebab tidak dapat datang untuk sambutan harijadi ke-78 nenek besok,” katanya ketika dihubungi.

Pasukan Karate Sabah mensasarkan dua pingat emas pada kejohanan kali ini.

Sabah juga menang perak melalui Vellcaroline Agustine dalam acara kata individu wanita dan gangsa melalui Richal  Mattan bagi kategori kumite individu 60kg lelaki.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan