Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH MENANG LAGI SAINGAN KUMPULAN D PIALA MALAYSIA

Aksi perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Sabah menentang Selangor di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sabah menang dengan jaringan 2-1. Gambar SNT / Ehsan Jaiman Taip

KOTA KINABALU: Sabah meneruskan persembahan bergaya dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 apabila menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Likas tadi.

Namun, pasukan Badak terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 dalam separuh masa kedua.

Pemain gantian, Ricco Nigel Milus menjaringkan gol kemenangan Sabah pada minit penghujung permainan sekaligus Stadium Likas bergema dengan sorakan kegembiraan dari kira-kira 5,000 penyokong yang hadir.

Penyokong Sabah pada mulanya tersentak dengan jaringan menarik Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-70 untuk meletakkan Selangor dihadapan.

Sebahagian penyokong Sabah yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Sabah menentang Selangor di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sabah menang dengan jaringan 2-1. Gambar SNT / Ehsan Jaiman Taip

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencipta jaringan namun beberapa percubaan tidak berjaya menghasilkan gol.

Kebangkitan Sabah bermula pada minit ke-82 melalui penjaring prolifik Rahman Shah Marajeh untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Lapan minit kemudian Ricco yang masuk menggantikan Sabri Sahar menyumbat gol kemenangan skuad Badak.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan