Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Mempunyai Rekod Pengurusan Kewangan Terbaik Seluruh Malaysia

5:15pm 04/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 671 views Tempatan
Dari kiri Chui, Peter Thien, Au, Ahmad,Zaaba, Bernard dan Ramlee

Dari kiri Chui, Peter Thien, Au, Ahmad,Zaaba, Bernard dan Ramlee

KOTA KINABALU- Negeri Sabah berjaya mengekalkan rekod terbaik pengurusan kewangan kerajaan negeri selama 15 tahun berturut-turut dengan mencatat bilangan agensi yang tertinggi di seluruh Malaysia yang mendapat pengiktirafan empat bintang.

Menurut Pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Bujang, sebanyak 24 kementerian/jabatan/badan berkanun dan agensi negeri yang telah direkod untuk tahun 2014 telah berjaya mendapat pengiktirafan empat bintang.

“Ini menjadikan Negeri Sabah sebagai negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang terbaik dan terunggul di Malaysia”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Mesyuarat PAC Negeri Sabah Bil 4/2015, di Dewan Undangan Negeri, disini, hari ini (jumaat).

Selain itu, Ahmad berkata bahawa mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengumpulkan kesemua agensi yang mempunyai masalah dalam laporan audit kewangan mereka dan mengetahui perancangan mereka bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh agensi tersebut.

“Setakat 3 Disember 2015, sebanyak 43 penyata kewangan agensi bagi tahun 2014 telah disahkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 42 agensi telah mendapat sijil tanpa teguran dan satu agensi belum di audit”, tambahannya.

Turut hadir Setiausaha DUN, Datuk Bernard J Dalinting, Ketua Penolong Pengarah Audit, Ramlee Kariah, Pengarah Audit Negeri, Zaaba Zainuddin, TSUT Kementerian Kewangan, Datuk Peter Thien Sin Min, Bendahari Negeri, Chui Nget Ngo dan Ahli JawatanKuasa PAC, Datuk Au Kam Wah.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan