Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah mempunyai pendekatan berbeza dengan Sarawak dalam usaha menuntut hak

12:50pm 09/08/2016 Leolerry Lajius 1194 views Tempatan

KOTA KINABALU: Negeri Sabah mempunyai pendekatan yang berbeza dengan Sarawak dalam usaha menuntut hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Pejanjian Malaysia dalam tahun 1963.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, salah satu langkah yang digunakan adalah dengan menggunakan saluran media dalam menyampaikan hasrat mengenai jenis penurunan kuasa yang dituntut oleh negeri ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, Kerajaan Negeri juga turut terlibat secara aktif  sejak dari awal lagi apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengadakan perundingan berkaitan isu-isu penurunan kuasa dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

“Satu jawatankuasa induk juga telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Anifah Aman dan Hajah Nancy Shukri berikutan dengan luahan yang begitu lantang dari kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak berkaitan pengkajian semula penurunan kuasa.”

“Di bawah jawatankuasa induk ini, satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Anifah Aman,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mejawab soalan ADUN Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred M.Bumburing, sempena persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah(DUN)  mesyuarat kedua penggal keempat di DUN Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Sementera itu, ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Tamparuli yang bertanya samaada isu ini akan dibincangkan melalui forum.

Beliau menyatakan bahawa satu jawatankuasa di peringkat persekutuan dan satu jawatankuasa teknikal di peringkat negeri telah ditubuhkan dan terpulang kepada jawatankuasa berkenaan untuk membincangkan langkah terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Selama ini kerajaan negeri sememangnya mengambil pendirian yang begitu tegas dalam mempertahankan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan.”

“Semua pihak termasuk juga pihak pembangkang dialu-alukan untuk turut sama dalam usaha berkenaan demi kebaikan bersama.”

“Percayalah dengan adanya saluran-saluran yang telah disediakan ini sebagai ruang untuk memberi pandangan, kita bersama-sama akan dapat membuat yang terbaik untuk negeri ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan