Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah mempunyai kadar cerun yang tinggi di Malaysia

Rosnah (kiri tengah) merasmikan majlis rumah terbuka krismas daerah papar bersama dif-dif jemputan yang hadir.
Rosnah (tengah) merasmikan majlis rumah terbuka krismas daerah papar bersama dif-dif jemputan yang hadir.

PAPAR- Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar cerun yang tertinggi di Malaysia.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sebanyak 21,000 cerun telah dipantau oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)dan telah dikategorikan mengikut tahap bahaya sesebuah cerun tersebut.

“Cerun-cerun yang dipantau telah dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu cerun berisiko tinggi, risiko sederhana dan cerun yang tidak berisiko.

“Laporan tersebut telah dibuat oleh pihak JKR dan telah diserahkan kepada setiap negeri untuk diambil tindakan sekiranya berlakunya pencabulan”, katanya.

Menurut beliau lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sekiranya berlakunya pembangunan yang tidak mendapat kebenaran di tanah-tanah tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media semasa sidang media sempena dengan Rumah Terbuka Krismas, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata rumah terbuka krismas yang telah dianjurkan oleh parlimen Papar mendapat sambutan yang baik bukan sahaja daripada masyarakat yang menyambut perayaan tersebut namun ia juga mendapat sambutan daripada masyarakat yang beragama lain.

“Saya merasakan perpaduan sebegini merupakan kekuatan kepada kita sebagai masyarakat di negara Malaysia ini.

“Perpaduan itu amat penting bagi kita untuk meneruskan agenda pembangunan di negara kita termasuklah daerah Papar”, katanya.

Disamping itu, Rosnah juga berkata bahawa majlis rumah terbuka sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

“Kami di peringkat parlimen telah mencadangkan bahawa majlis rumah terbuka bukan sahaja untuk perayaan hari natal namun untuk perayaan- perayaan kaum lain seperti Tahun Baru Cina akan diteruskan pada setiap tahun”, katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialahMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau. -Oleh ElezebethEsther/SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan