Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,825

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah memiliki 31,414 ekar padang ragut

9:37pm 25/11/2015 Dewiana Tinggolongon 70 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
Datuk Sairin Karno

                         Datuk Sairin Karno

KOTA KINABALU- Sabah mempunyai 99 bidang padang ragut dengan keluasan 31,414 ekar yang telah diwartakan.

Pembantu menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sairin Karno berkata, dianggarkan bahawa seluas 12,566 ekar daripada padang-padang ragut ini digunakan secara aktif untuk aktiviti ternakan seperti pemeliharaan ternak kerbau, lembu dan kambing.

“Tanah-tanah yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti penternakan semakin hari semakin berkurangan ekoran penambahan penduduk yang memerlukan tanah untuk perumahan, pembangunan, industri, infrastruktur asas dan lain-lain.

“Padang-padang ragut merupakan satu-satunya wadah yang amat baik untuk dibangunkan bagi menambah populasi ternakan ruminan dan seterusnya memperbaiki ekonomi penduduk tempatan sesebuah kampung,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Rabu).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin yang bertanyakan mengenai jumlah keluasan tanah ragut di negeri ini.

Sairin berkata melalui pembangunan padang ragut secara komnual dan nukleus penduduk kampung dapat menambah pendapatan dengan menjual ternakan ruminan dan makanan ternakan.

Katanya, gugusan seperti itu akan terus dikembangkan dengan aktiviti pemeliharaan ternakan melalui konsep dan teknologi baharu seperti fidlot atau ‘integrated farming’.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan