Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah membara hadapi JDT

KETUA jurulatih Sabah, Jelius Ating (tengah) pada sesi latihan menjelang pertemuan menentang JDT di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – FOTO RYAN STANLEY

 

KOTA KINABALU: Kapten Sabah, Rawilson Batuil menegaskan dia dan rakan sepasukannya tidak segan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun kebanyakan mereka kali pertama berdepan pasukan juara Malaysia itu.

Katanya, perasaan menghadapi JDT sedikit berlainan berbanding perlawanan lain, bukannya takut sebaliknya semangat mereka semakin memuncak untuk mencipta kejutan.

“Kami akan bekerja keras dan bermain mati-matian bertemu JDT malam ini, ini adalah aksi pertama saya bertemu dengan pasukan JDT, begitu juga dengan kebanyakan rakan-rakan lain tetapi itu bukan bermakna kami ‘segan’ bertemu dengan mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu juga berharap tuah Stadium Likas akan membantu mereka untuk mencipta kejutan, malam ini.

“Saya harap penyokong kita akan turun beramai-ramai membanjiri stadium, seterusnya menjadi ‘pemain ke-12’ untuk membantu kita.

“Mereka (JDT) bukan calang-calang pasukan, kita perlu lebih daripada kerja keras termasuk mengharapkan penyokong membantu meningkatkan semangat kami,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan