Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah masih mampu menarik minat pelabur asing- Bolkiah

3:49pm 21/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views Laporan Sidang DUN,Perniagaan,Tempatan

KOTA KINABALU- Sabah masih mampu menarik pelaburan asing untuk melabur di negeri ini walaupun dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Bolkiah Ismail.

Menurut Bolkiah, jumlah pelaburan asing dalam sektor perindustrian yang diluluskan bagi Sabah adalah sebanyak RM 257.3 juta berdasarkan perangkaan rasmi dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Di samping itu, Bolkiah berkata terdapat beberapa pelabur asing termasuklah dari Poland, United Kingdom, Belanda, Indonesia, Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat berminat untuk menjadikan Sabahsebagai destinasi pelaburan.

“Industri- industri yang ingin diceburi oleh mereka termasuklah aktiviti- aktiviti pemprosesan minyak dan gas, pemprosesan hiliran minyak sawit serta pemprosesan biojisim berasakan minyak sawit untuk menghasilkan produk- produk bernilai- tambah yang tinggi bagi pasaran antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Kuala Penyu, Limus Jury berkenaan jumlah pelaburan lansung asing ke Sabah sepanjang tahun 2015 dan sektor- sektor pilihan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak kementerian sedang menyusuli perbincangan dengan para pelabur yang berminat untuk meyakinkan mereka membuat keputusan melabur di Sabah pada masa yang terdekat.

Tambahnya, projek –projek tersebut dianggarkan menjana nilai pelaburan berjumlah RM 2.95 juta ke negeri ini.

Selain itu, katanya, diantara sektor yang menjadi pilihan para pelabur untuk melabur secara terus ke negeri ini ialah sektor perkilangan, industri perkayuan, industri kertas dan percetakan dan industri mesin dan perkakasan yang berjaya menjana pelaburan asing berjumlah RM 239.1juta. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan