Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH MAMPU JADI NEGERI TERMAJU

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di lobi Balai Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sabah mempunyai banyak potensi untuk muncul sebagai sebuah negeri yang termaju.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamed berkata, beliau kagum melihat perubahan terutama di sekitar Ibu negeri ini yang semakin rancak dengan projek pembangunan, selain tahap kebersihan lebih baik.

Ini adalah lawatan pertama beliau ke Sabah selepas menjadi Perdana Menteri buat kali kali kedua apabila Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan persekutuan baharu selepas Pilihanraya ke-14 lalu.

“Saya sudah lama tidak ke Sabah. Tetapi bila saya sampai di Kota Kinabalu pada sebelah petang, saya dapat melihat perubahan negeri ini. Bandaraya Kota Kinabalu kini lebih bersih, begitu juga tempat-tempat lain. Ini membuktikan Sabah mampu berkembang maju dengan pantas.

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengenal pasti aset Sabah untuk dieksploitasi bagi tujuan pembangunan. Antaranya memajukan sektor pertanian selain pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan bersarapan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, di sini hari ini.

Bagaimanpun, Dr. Mahathir berkata, beberapa cabaran yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam menyeimbangi pembangunan di Sabah ialah peningkatan kos sara hidup yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negeri itu disebabkan oleh polisi kabotaj.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Sabah dan Sarawak dapat meningkatkan kerjasama perniagaan di antara kedua negeri itu sebagai langkah mengatasi dan mengurangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan