Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah mampu jadi negeri cemerlang sukan

Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2014. - foto Ille Tugimin
Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2014. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Penganjuran Sukan Untuk Semua atau Sukan MASSA merupakan idea terbaik dalam membantu kerajaan negeri menjadikan Sabah, sebuah negeri berprestasi tinggi dalam sukan dan cemerlang dalam sukan.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, selaras dengan objektifnya iaitu bagi mendekatkan sukan untuk semua, Sukan MASSA sebenarnya sesuai dijadikan sebagai suatu gaya hidup.

Katanya, ini kerana sukan ini amat berkait rapat dengan kesihatan dan kecergasan warga masyarakat pada ketika ini seperti program Fit Malaysia yang mula diadakan pada tahun lalu termasuk di negeri ini dengan pelbagai aktiviti seperti larian, berbasikal, senamrobik dan seni mempertahankan diri.

Menurutnya, statistik obesiti di negara ini pada 2011 mencatatkan 15.1 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obes, sekaligus menunjukkan peningkatakan berbanding dengan 14.6 peratus pada 2006.

“Sukan MASSA juga penyumbang kepada usaha melahirkan bakat baharu dalam bidang sukan keketengahkan ke peringkat lebih ttn.bermula di akar umbi. Atas sebab itulah, kerajaan pada hari ini menyokong setiap apa juga usaha mana-mana organisasi atua individu untuk membangunkan Sukan MASSA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua 2015 Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Datuk Mohd. Dahali Matsin.

Tawfiq berkata, kerajaan menerusi kementeriannya sentiasa komited dalam pembangunan sukan negeri  ini, malah sukan tidak pernah terpinggir dalam setiap perancangan kerajaan untuk negeri ini.

Justeru, katanya, kementeriannya telah merancang satu pelan pembangunan sukan di Sabah untuk tahun 2015 -2030 ke arah meningkatkan taraf sukan di Sabah.

“Dengan adanya pelan tersebut, ia akan dapat menentukan hala tuju pembangunan sukan di Sabah sama  ada sukan berprestasi tinggi atau sukan Massa,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan