Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Lepasi Sasaran Syarikat Daftar GST – Kastam

gstsabah

TAWAU – Sabah melepasi sasaran apabila sebanyak 17,350 syarikat perniagaan dan orang perseorangan menjalankan perniagaan di negeri ini mendaftar untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum pelaksanaannya pada 1 April ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Yunos Tahir berkata pada awalnya jabatan itu meletakkan sasaran sebanyak 12,000 pendaftar, namun sambutan untuk mendaftar amat menggalakkan apabila mereka menjalankan aktiviti turun padang memberi taklimat mengenai sistem cukai baharu itu

“Kita mendapat sambutan menggalakkan dan lebih baik apabila banyak syarikat perniagaan dan peniaga sendiri tampil mendaftar GST.

“Dan, hanya satu hingga dua peratus sahaja jumlah syarikat perniagaan atau peniaga yang masih ingkar mendaftar GST,” katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan CBP kepada usahawan Bumiputera Tawau di Pejabat UMNO Kalabakan di sini, hari ini.

Kira-kira 50 peniaga Bumiputera di daerah ini menghadiri majlis tersebut bagi mendengar penerangan mengenai GST yang disampaikan Penolong Pengarah Kastam Ab. Kassim Ab. Kais.

Yunos berkata pihaknya akan mengadakan Ops Bersepadu oleh Bahagian GST di seluruh negeri mulai 1 Mac ini bagi mencari syarikat atau mana-mana pihak dengan perniagaan yang mempunyai nilai jualan RM500,000 tetapi masih gagal mendaftar.

“Sekiranya masih ingkar untuk mendaftar, pihak JKDM tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun sehari RM100 sehinggalah pada 1 April nanti,” katanya.

Pihaknya masih turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST kepada golongan sasar sekali gus memastikan mereka menerima maklumat tepat mengenai sistem cukai berkenaan, kata Yunos. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan