Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Lanjut Khidmat Sukarti Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri

9:07pm 07/01/2016 Pak Roshan 18 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

4._Tan_Sri_Sukarti_bin_Wakiman

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Sukarti Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri mulai 9 Jan ini hingga 8 Jan 2017, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sini, hari ini.

“Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh perkhidmatan Sukarti berikutan pengalaman luas, keperluan dan khidmat cemerlangnya dalam perkhidmatan awam Sabah,” kata Musa dalam kenyataan di sini.

Sukarti dilahirkan di Labuan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya (UM) pada 1977.

Beliau menyertai perkhidmatan awam pada 15 Julai 1977 sebagai Pegawai Tenaga Manusia di Kementerian Tenaga Rakyat dan Pembangunan Alam Sekitar.

Sukarti pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam Sabah termasuk Pegawai Istiadat dan Protokol di Bahagian Istiadat dan Protokol Jabatan Ketua Menteri, Pegawai kanan di Jabatan Pembangunan Negeri Sabah dan Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau juga pernah menjawat Setiausaha Tetap di tiga Kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Perikanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Sukarti merupakan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Julai 2007.

–BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan