Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH LANCAR OPERASI BESAR-BESARAN BANTERAS PATI

pati

SANDAKAN : Operasi bersepadu secara besar-besaran bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) dilancarkan di sekitar Sandakan awal hari ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, operasi yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) itu merupakan langkah susulan kepada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pati di Sabah yang dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri baru-baru ini.

“Kerajaan negeri memandang serius masalah Pati di Sabah dan operasi ini merupakan permulaan kepada pelbagai langkah drastik yang kita akan ambil untuk menangani masalah ini.

“Niat murni kita ialah membersihkan Sabah daripada Pati seperti yang diharapkan oleh rakyat tempatan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sukarti berkata operasi sama juga akan dilaksanakan di daerah lain khususnya di bawah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau turut menasihati penduduk tempatan supaya memberikan kerjasama dan mengingatkan tindakan tegas akan diambil jika mereka bersekongkol atau melindungi Pati.

Pada operasi yang dijalankan sejak 4 pagi tadi, Sukarti berkata seramai 315 orang ditahan yang 130 orang dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan untuk tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen, tiga pula ditahan reman kerana kesalahan dadah, manakala selebihnya dibebaskan selepas berjaya membuktikan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata operasi itu, yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), juga menyaksikan lebih 32 rumah penempatan haram yang dihuni oleh Pati dirobohkan, manakala lebih 1,000 rumah lagi diberi notis arahan perobohan oleh MPS kerana mendirikan rumah haram di tanah kerajaan.

Turut berada di lapangan bagi memantau dan menjayakan operasi tersebut ialah Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dan Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi. Sukarti berkata operasi tersebut melibatkan seramai 603 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Imigresen, Ibu Pejabat Polis Daerah, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Turut serta Jabatan Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Jabatan Pertahanan Awam, Sabah Electricity Sdn Bhd dan Jabatan Air.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan