Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah kekal contoh terbaik `Semangat 1Malaysia’

Muhyiddin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM20,000 kepada wakil Kampung Gong Baru / Tok Nasek, Kuala Terengganu, Terengganu yang muncul johan Pengurusan Rukun Tetangga. turut kelihatan Musa (kiri) dan Kurup (tiga dari kanan). - foto Jabatan Penerangan
Muhyiddin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM20,000 kepada wakil Kampung Gong Baru / Tok Nasek, Kuala Terengganu, Terengganu yang muncul johan Pengurusan Rukun Tetangga. turut kelihatan Musa (kiri) dan Kurup (tiga dari kanan). – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi amalan dan budaya lebih 32 suku kaum dan etnik di Sabah telah dimanfaatkan sebagai kekuatan rakyat di negeri ini untuk terus meningkatkan budaya perpaduan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan menyedari bahawa bagi menjamin kesinambungan pembangunan, kemajuan dan kemakmuran berterusan, ia menuntut semangat perpaduan kukuh, kesatuan jitu dan muafakat yang mantap dalam kalangan pemimpin dan rakyat di semua peringkat.

“Apabila membicarakan soal perpaduan rakyat, kami di Sabah selama ini hidup dalam suasana yang penuh harmoni dan muhibbah walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum, etnik, agama dan budaya. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui dan mengiktiraf bahawa Sabah adalah contoh terbaik `Semangat 1Malaysia’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) dengan kerjasama kerajaan Sabah, turut hadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan beberapa menteri Kabinet negeri.

Dalam konteks ini, Musa berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan apa juga usaha, inisiatif dan program termasuk yang digerakkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN) khususnya menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan dan peranan rukun tetangga yang ditubuhkan di seluruh negeri dan menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan, ia dapat menyumbang ke arah memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan rakyat di peringkat akar umbi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan