Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah kehilangan tokoh pendidik yang berkaliber

6:18pm 28/12/2015 Leolerry Lajius 419 views Tempatan

Datuk Brother Charles Michael O'Leary

KOTA KINABALU: Bekas pengetua Sekolah La Salle Tanjung Aru, Datuk  Brother Charles Micheal O’Leary yang meninggal dunia pada pagi  khamis yang lalu selepas menghadiri majlis harian di Gereja Stella Maris di Tanjung Aru dikebumikan pada hari ini.

Tokoh pendidik yang telah berjaya melahirkan ramai pelajar  yang menjadi orang terkemuka dan pemimpin dalam politik serta pelbagai bidang lain ini telah menjadi pengetua di La Salle antara tahun 1969-1989.

Bro. Charles dilahirkan di Ireland pada 15 October 1928 dan mempunyai lima orang adik beradik. Selepas tamat pengajian sebagai guru dari St. Mary’s Teacher Training College di London pada tahun 1950 dalam usia 22 tahun,  beliau telah menyertai La Salle Brothers Mission Schools dan bekerja jauh ke bahagian Timur.

Tempat pertama beliau bekerja adalah di St. Joseph di Kuching, Sarawak bermula pada tahun 1951 sehingga 1957 dan Tun Taib Mahmud merupakan salah seorang pelajar yang pernah diajar oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah tersebut.

Pada tahun 1958 La Salle Brothers telah dijemput oleh Bishop Gereja Katolik North Borneo pada ketika itu untuk mentadbir sekolah menengan dan sekolah rendah di Jesselton.

Bro.Charles bersama dengan dua orang anggota La Salle Brothers iaitu Bro.Raphael Egan dan Bro.Thomas Carney juga merupakan pengasas kepada kepada Sekolah Menengah La Salle yang telah membuka lembaran baru dalam pendidikan serta mengubah golongan muda dengan didikan yang mendorong mereka berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik yang boleh mereka capai.

Pada tahun 1962 beliau telah kembali ke Ireland selama tiga tahun untuk menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah di University College Dublin dan kembali bertugas di Borneo selepas mendapat ijazah beliau dan meneruskan khidmat beliau sebagai guru di La Salle Kota Kinabalu.

Selama 56 tahun berada di Sabah, beliau telah berusaha membangunkan sistem pendidikan, mengajar Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Agama dan Latin di La Salle dan walaupun telah dilantik sebagai pengetua sekolah tersebut pada tahun 1969 beliau tetap mengajar para pelajar di dalam kelas.

Bro.Charles yang telah memegang jawatan sebagai pengetua di La Salle selama 17 tahun telah menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu pada tahun 1990 yang memberikan gelaran Datuk kepada beliau.

Beliau juga merupakan tenaga pengajar yang dihormati apabila menjadi guru kepada tokoh politik Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok dan juga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.

Sebelum kematiannya, Bro.Charles adalah satu-satunya anggota daripada kumpulan perintis La Salle Brothers yang datang ke Borneo pada tahun 1950 yang masih hidup.

Selepas bersara, beliau terlibat secara aktif dalam Benildus House, yang menempatkan pelajar-pelajar dari luar Kota Kinabalu untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sekolah menengah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG20151228110551

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan