Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah kedua banyak guna perkhidmatan dalam talian

12:03pm 07/06/2014 Pak Roshan 21 views Kota Kinabalu,Tempatan

penjawatawam

SANDAKAN: Sabah antara kerajaan negeri yang kedua paling banyak menggunakan perkhidmatan dalam talian apabila setakat Mac lepas, ianya mencapai lebih kurang 80 peratus perkhidmatan kerajaan yang telah ‘dalam talian’ sekali gus meningkat sebanyak 90 peratus.

Menyatakan demikian di sini, pada Khamis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura iaitu Datuk Au Kam Wah berkata statistik ini adalah hasil laporan status perkhidmatan online oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 2013.

Justeru itu, ujar beliau penjawat awam perlu celik ICT dan sudah mula membudayakan penggunaan aplikasi secara online agar tidak ketinggalan arus perkembangan teknologi sekarang.

Ini katanya, perkhidmatan awam sentiasa berdepan dengan realiti semasa di mana teras perkhidmatan adalah untuk menyampaikan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada rakyat.

Apatah lagi, tambahnya, pihak kerajaan kini gigih membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berinovasi kerana rakyat negara ini semakin peka dan berpendidikan tinggi termasuk mempunyai ekspektasi yang meningkat terhadap sistem perkhidmatan tersebut.

“Kini perkhidmatan awam sedang melalui proses transformasi yang bersepadu dan komprehensif. Kejayaan agenda transformasi ini sudah pasti menuntut perkhidmatan awam beralih dari budaya dan pemikiran lama kepada bentuk pengurusan sistem yang lebih produktif.

Beliau berucap sewaktu menyempurnakan perasmian Seminar ICT Sektor Awam Wilayah Sandakan 2014 di Grand Ballroom, Sabah Hotel, dekat sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Elopura, Chan Tzun Hei. Hadir sama Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Dr. Hj Mingu Jumaan; Ketua Cawangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Bahagian Sandakan selaku Pengerusi Penganjur, John Ho Yun Vui dan pembentang-pembentang kertas seminar serta warga perkhidmatan awam.

Lebih 100 orang kakitangan perkhidmatan awam kerajaan negeri dari sekitar Sandakan, Beluran, Telupid dan Tongod mengambil bahagian dalam seminar sehari itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan