Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH KAJI UNDANG-UNDANG KETATKAN KAWALAN AKTIVITI EKSPLORASI MINYAK DAN GAS

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir pada Forum Hari Malaysia anjuran UPKO di Likas Square Apartment Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sabah akan mengkaji undang-undangnya yang sedia ada untuk mengetatkan kawalan terhadap aktiviti eksplorasi minyak dan gas serta perlombongan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan meminta Peguam Besar Negeri untuk melihat perkara ini.

“Kita sedang menimbang perkara ini dan saya telah difahamkan oleh mantan peguam besar negeri bahawa sebenarnya Sabah mempunyai enakmen mineral. Saya akan meminta Peguam Besar Negeri sekarang ini untuk memperhalusi enakmen tersebut dan melihat sekiranya terdapat kelemahan (loophole).

“Sekiranya ianya (kawalan aktiviti eksplorasi minyak dan gas dan perlombongan) ada di dalam enakmen itu maka kita hanya perlu untuk menghidupkannya supaya kita pastikan Sabah, sama seperti Sarawak, mempunyai kuasa,” katanya.

Shafie berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Forum Hari Malaysia anjuran Upko di Likas Square di sini hari ini.

Beliau berkata, undang-undang berkenaan dengan eksplorasi minyak dan gas begitu juga aktiviti perlombongan boleh juga dimasukkan ke dalam ordinan tanah negeri yang sedia ada.

Sebelum itu, pemangku presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam ucapan alu-aluannya berkata, salah satu cara bagi menguatkuasakan Perjanjian Malaysia 1963 adalah dengan kerajaan negeri menjadi regulator bagi aktiviti minyak dan gas.

“Kita tahu di Sarawak ini telah dibuat melalui Ordinan Perlombongan Minyak dan melaluinya sesiapapun yang ingin mengambil bahagian dalam aktiviti minyak dan gas di negeri itu haruslah mendapat lesen daripada kerajaan negeri Sarawak,” kata Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menurutnya lagi, di Sarawak, Petronas telah merujuk perkara ini di mahkamah kerana wujud dua jenis undang-undang yakni, Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak.

“Apabila perkara ini dibawa di Mahkamah, kerajaan negeri Sarawak berjaya menang … pusingan pertama,” katanya.

Dalam hal ini, Madius berkata kuasa Sabah terletak di dalam ordinan tanah dan “sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan negeri Sarawak kita juga mampu memperkasakan kedudukan kita (dalam mengawal ketat aktiviti eksplorasi minyak dan gas dan juga perlombongan).”-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan