Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Kaji Pemilik Rumah Tiada Geran Tanah

perumahan belia

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah akan akan menjalankan kajian berhubung pemilik unit taman perumahan yang belum mendapat geran tanah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri dan Pejabat Peguam Besar Negeri dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian itu.

Menurutnya, pemaju hartanah yang membangunkan sebuah taman perumahan perlu mengeluarkan geran tanah itu kepada pembeli sesebuah rumah.

“Ini termasuk pembeli rumah sebelum ini iaitu lebih 10 tahun lalu, 15 tahun lalu,” katanya menjawab soalan Christina Liew (PKR-Api-Api) semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Musa berkata perubahan perlu dibuat kepada peraturan sedia ada yang tidak mewajibkan pemaju hartanah untuk memohon geran tanah jika tidak menyiapkan sepenuhnya jumlah unit rumah yang dirancangkan.

“Inilah undang-undang sekarang yang ternyata mempunyai sedikit kecacatan dan harus diubah,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan