Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH-JEPUN CARI PELUANG LAIN SEKTOR INDUSTRI

Datuk Seri WIlfred Madius Tangau menyampaikan cenderahati kepada Konsulat Jepun ke Sabah, Hiroko Matsuo. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

TUARAN:  Kerajaan Sabah dan Jepun hari ini berbincang untuk cari peluang lain dalam sektor perindustrian yang boleh diterokai bersama.

Hal itu dibincangkan semasa kunjungan hormat Konsulat Jepun, Hiroko Matsuo terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Shangri-la’s Rasa Ria Dalit di sini hari ini.

Antara perkara yang di bincangkan termasuk pembekuan ekspot kayu balak oleh kerajaan negeri di mana negara Jepun merupakan antara pengimpot utama.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berbincang sesuatu dengan Konsulat Jepun ke Sabah, Hiroko Matsuo. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

Dalam pada itu, Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berterima kasih kepada Hiroko kerana datang ke Tuaran dan berharap beliau lebih kerap datang ke sini untuk melawat banyak tempat pelancongan.

Turut hadir Setiausaha Perhubungan Awam kepada Tangau Fairuz Bandar.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan