Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah jadi lokasi pilihan penggambaran drama Singapura

Yeo (dua dari kiri) bersama-sama barisan pelakon utama drama itu ketika sidang media yang turut dihadiri Timbalan CEO Sutera Habour Gerard Tan (empat dari kiri). - Foto Stenley Dominic / Sayangsabah
Yeo (dua dari kiri) bersama-sama barisan pelakon utama drama itu ketika sidang media yang turut dihadiri Timbalan CEO Sutera Habour Gerard Tan (empat dari kiri). – Foto Stenley Dominic / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Keindahan langit biru dan pemandangan laut yang luas disertai keindahan panorama matahari tenggelam menjadi faktor utama syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura, MediaCorp Studios (Malaysia) Sdn Bhd memilih Sabah sebagai lokasi penggambaran drama bersiri terbaru mereka.

Naib Presidennya, Yeo Saik Pin berkata penggambaran drama genre kekeluargaan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu itu dijangka mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan di mana hotel terkemuka Sutera Habour dijadikan sebagai lokasi utama.

“Drama bersiri ‘Beyond Words’ mempunyai 30 episod di mana sebanyak penggambaran untuk 15 episod akan dibuat di Kota Kinabalu manakala selebihnya di Singapura,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pan Pasific Sutera di sini hari ini.

Beliau juga berkata bahawa ini merupakan kali pertama syarikat itu membuat penggambaran di Sabah yang secara langsung dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini menerusi visual yang dimuatkan dalam drama tersebut.

“Kebanyakan hasil karya terbitan MediaCorp disiarkan di beberapa buah negara Asia seperti Thailand, Myanmar atau China dan juga di Eropah. Oleh itu, diharapkan menerusi drama ini, ia akan dapat membantu menggalakkan pelancong luar berkunjung ke negeri ini,” katanya lagi.

Drama ‘Beyond Words’ yang akan bersiaran di Channel 8 Singapura, menampilkan 11 orang pelakon berpengalaman negara itu dan dibantu oleh barisan pelakon tempatan di negeri ini.

Penggambaran drama tersebut dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Mac 2016.

MediaCorp yang terbabit dalam industri hiburan di Singapura sejak tahun 1936, pada masa kini telah menghasilkan lebih 50 karya terbitan dalam empat bahasa English, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Komen


Berita Berkaitan