Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Jadi Contoh Pengurusan Biodiversiti Tropika

hutan

KOTA KINABALU : Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (ITBC) serta pelbagai agensi kerajaan negeri terus menjadi model peranan bagi negara membangun dalam pengurusan biodiversiti tropika dengan pelancaran Program Latihan Dunia Ketiga (TCTP) 2015 bulan depan.

Pengarah ITBC Prof Dr Charles Santhanaraju Vairappan berkata TCTP 2015 anjuran ITBC University Malaysia Sabah (UMS) dan Pejabat Sumber Asli Negeri (NRO) dari 6 hingga 26 Ogos merupakan sebahagian daripada wawasan kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai pusat kecemerlangan dalam pemuliharaan, kajian dan penggunaan kepelbagaian biologi tropika menjelang 2020.

“Konsep program ini diambil dari inisiatif Kerjasama Segitiga Pertubuhan Bangsa Bersatu dengan kepakaran yang disediakan agensi kerajaan seperti Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah.

“Seramai 17 pegawai kerajaan dan agensi mengenai pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem daripada ASEAN, Asia Selatan dan Afrika akan mengambil bahagian dalam TCTP kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi program sebelum ini, para peserta telah menunjukkan kejayaan dalam menangani cabaran pemuliharaan biodiversiti sekembali mereka ke negara masing-masing.

Charles berkata program tahun ini yang bertajuk ‘Biodiversiti Bersepadu dan Pengurusan Ekosistem’ yang dibiayai sekitar RM400,000 oleh Kementerian Luar dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Pusingan ketiga TCTP dijangka diadakan dari 2016 hingga 2018.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan