Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah International Folklore Festival (SIFF) ke- 11 bakal berlansung hujung bulan Julai depan.

Masidi (tengah) ketika mesyuarat jawatankuasa induk sempena SIFF ke-11 2016 di Wisma Tun Fuad Stephen, disini, hari ini
Masidi (tengah) ketika mesyuarat jawatankuasa induk sempena SIFF ke-11 2016 di Wisma Tun Fuad Stephen, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Pencinta seni boleh menikmati keunikan, keaslian dan keindahan persembahan tarian kebudayaan oleh pelbagai etnik dunia menerusi ‘Sabah International Folklore Festival’ (SIFF) ke- 11 yang bakal berlansung pada 24 sehingga 30 Julai depan.

Festival yang bertemakan ‘Pahlawan’ itu akan dipertontonkan dalam bentuk tarian, muzik, pakaian, nyanyian dan seumpamanya.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari oleh masyarakat mengenai budaya tempatan dan juga luar negara melalui konsep kepewiraan itu.

Walau bagaimanapun, Masidi berkata bahawa terdapat yuran sebanyak USD 30 dikenakan kepada setiap peserta luar negara yang menyertai persembahan SIFF ke-11 itu.

“Kita mendapati bahawa di negara- negara luar, acara sebegini tidak dianjurkan secara percuma sepertimana yang kita (Malaysia) seringkali lakukan.

“Walaupun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung segala kos pengeluaran namun wang tersebut hanya sebagai wang muka untuk membuktikan keseriusan mereka dalam mengambil bahagian dan membuat persembahan yang berkualiti,”katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk sempena Festival SIFF ke- 11 2016, di Wisma Tun Fuad Stephen, dsini hari ini.

Disamping itu, pihak SIFF turut memutuskan untuk mengehadkan penyertaan kepada 10 hingga 12 buah negara bagi mengekalkan persembahan yang berkualiti disamping memudahkan pihak penganjur untuk mengurus kesemua persembahan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi 1 SIFF 2016 merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Hj Ombi dan Timbalan Pengerusi 2 SIFF 2016 merangkap Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Wences Angang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan