Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah International Expo kali ke-9

11:59pm 09/09/2016 Leolerry Lajius 16 views Tempatan

KOTA KINABALU – Persekutuan Industri Sabah yang diketuai oleh Presidennya Datuk Mohd Basri Abd Gafar bersama anggota rombongannya   telah membuat kunjungan hormat kepada kepada Pengarah Kastam Negeri Sabah.

Dalam kunjungan ini, Presiden Persekutuan Industri Sabah, Datuk Mohd Basri Abd Gafar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kastam Negeri di atas kesudian dan kelapangan masa untuk kunjungan hormat ini.

Menurut Datuk Mohd Basri, Persekutuan Industri Sabah akan mengadakan ekspo berkaitan dengan perniagaan di rantau Borneo yang dinamakan Sabah International Expo dan akan diadakan di Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 15hb hingga 18hb September nanti.

Menurutnya lagi, Sabah International Expo kali ini adalah yang kali ke-9 dan ia merupakan acara setiap dua tahun sekali dan telah dimulakan sejak tahun 2000 lagi.

Penglibatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya JKDM Sabah adalah penting dalam usaha untuk pergerakan barangan pameran yang
dibawa dari luar negara ke dalam negeri Sabah.

Pada tahun ini, 20 buah negara khususnya negara di Asia Tenggara, beberapa negara Asean dan Afrika terlibat secara langsung dan akan menyertai program pameran yang akan berlangsung di Pasific Sutera nanti.

Penglibatan penyertaan adalah lebih 1000 peserta dimana sebanyak 150 ruang pameran akan dibuka.

Katanya lagi, objektif ekspo ini adalah untuk mempromosikan Sabah ke mata dunia melalui sektor pelancongan dan perindustrian.

Selain itu, ia secara tidak langsung turut akan mempromosikan
peniaga-peniaga di Borneo dan Gabungan BIMP-EAGA khususnya di Sabah dalam pelbagai sektor.

Ekspo ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun./SayangSabah

Dari Kiri : Puan Deela Abd Hadi (Setiausaha Sabah International Expo 2016), Datuk Mohd Basri Abd Gafar (Chairman Sabah  International Expo 2016/Presiden Persekutuan Industri Sabah), Dato’ Dr. Janathan Kandok (Pengarah Kastam Negeri, Sabah),  Encik Matthew Loh (Committee Sabah International Expo 2016/MICCI Sabah), Encik Richard Lim (Committee Sabah  International Expo 2016/Persekutuan Industri Sabah), dan Encik Benjamin Lo (Committee Sabah International Expo  2016/Persekutuan Industri Sabah).

Dari Kiri : Puan Deela Abd Hadi (Setiausaha Sabah International Expo 2016), Datuk Mohd Basri Abd Gafar (Chairman Sabah International Expo 2016/Presiden Persekutuan Industri Sabah), Dato’ Dr. Janathan Kandok (Pengarah Kastam Negeri, Sabah), Encik Matthew Loh (Committee Sabah International Expo 2016/MICCI Sabah), Encik Richard Lim (Committee Sabah International Expo 2016/Persekutuan Industri Sabah), dan Encik Benjamin Lo (Committee Sabah International Expo
2016/Persekutuan Industri Sabah).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan