Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah ikat penggempur Puerto Rico

KOTA KINABALU: Sang Badak dijangka mengikat penyerang Puerto Rico, Hector Ramos bagi memperkuatkan bahagian serangan mereka musim ini.

Pemain berusia 28 tahun yang memiliki ketinggian 191sm itu tiba di Kota Kinabalu petang kelmarin dan bakal menandatangani kontrak bersama Sabah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, esok.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) namun sumber memberitahu pemain itu hampir pasti menyarung jersi Sang Badak.

“Saya harap dapat membantu pasukan ini (Sabah), saya mahu menghadapi perlawanan yang bagus di sini serta menjaringkan gol… sebab itu pasukan ini membawa saya masuk,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kelmarin.

Ramos sebelum ini beraksi bersama Puerto Rico FC di Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) sejak 2016 hingga 2017 dan membantu pasukan berkenaan beraksi dalam Piala Copa Luis Villarejo.

Sebelum itu, dia yang memulakan kariernya sebagai pemain profesional pada 2008 turut beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuk kelab El Salvador, Isidro Metapan (2013 hingga 2015).

Di peringkat antarabangsa pula, Ramos pernah mewakili skuad bawah 17, 21 dan 23 tahun Puerto Rico sebelum disenaraikan bersama skuad senior pada 2010.

Setakat ini, Sabah sudah mengisi tiga daripada empat slot pemain import selepas mengekalkan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong selain pertahanan Croatia, Igor Cerina. – BH ONLINE

PENYERANG Puerto Rico, Ramos bakal menandatangani kontrak bersama Sabah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, esok. – Foto Ryan Stanley

 

Komen


Berita Berkaitan