Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah hilang tiga tonggak jumpa Kedah

6:49pm 17/03/2016 Pak Roshan 464 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
KETUA Jurulatih Sabah, Vjeran Simunic.

KETUA Jurulatih Sabah, Vjeran Simunic.

KOTA KINABALU: Sabah kehilangan tiga tonggak apabila pasukan itu melayan kunjungan Kedah dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Likas, malam esok.

Pengendalinya, Vjeran Simunic, berkata antara pemain yang terpaksa diketepikan termasuk pemain tengah dari Croatio, Marco Tulio Lopes Silva.

“Marco Tulio yang turut direhatkan ketika bertemu Melaka United masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, dan kemungkinan besar dia juga tidak dapat beraksi pada suku akhir kedua di gelanggang lawan nanti.

“Selain itu, dua lagi pemain yang terpaksa diketepikan ialah Julamri Muhammad juga kerana cedera serta Nazri Ahmad yang akan melangsungkan perkahwinannya, Sabtu ini,” katanya ketika ditemui, di sini.

Jurulatih berusia 62 tahun itu, berkata dia melabelkan pasukannya sebagai ‘underdog’ walaupun beraksi di gelanggang sendiri berikutan kehilangan beberapa tonggak, selain berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, dia tetap mensasarkan kemenangan dan yakin kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anak buahnya.

“Jika pemain meneruskan rentak seperti bertemu MU dalam saingan liga minggu lalu, kami mungkin boleh menang… sudah pastinya saya mensasarkan kemenangan, dan saya harap nasib menyebelahi kami,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan