Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah hanya guna 2 import

PEMAIN tengah dari Jepun, Keisuke Ogawa (tengah) turut jalani latihan bersama skuad Sabah. – Foto Sabah FA

 

KOTA KINABALU: Sabah hanya akan menggunakan dua pemain import apabila berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang untuk bertemu pendahulu Liga Perdana, FELDA United, malam esok.

Pengendalinya, Jelius Ating berkata ia berikutan ketiadaan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong yang tidak disambung kontrak yang tamat 17 Mei lalu.

“Walaupun terpaksa mengharungi perlawanan ini dengan hanya dua pemain import, ia bukan bermakna kita tidak mampu untuk beraksi baik, ini juga peluang bagi pemain jarang diturunkan untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Memang kita akui ia satu lagi perlawanan sukar terutama apabila hanya menggunakan dua pemain import, namun kita akan cuba mendapatkan keputusan baik esok,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jelius berkata, beliau akan membuat beberapa perubahan terhadap corak permainan pasukannya termasuk meletakkan pemain pertahanan, Maffry Balang di bahagian tengah.

Jurulatih berusia 47 tahun itu dijangka mengekalkan Robson Rendy Rining sebagai penjaga gol sambil dibantu empat pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Jenius Karib dan Randy Baruh.

Di bahagian tengah pula, Maffry dijangka berperanan sebagai pemain tengah bertahan dibantu Mohd Azzizan Nordin, Sabri Sahar dan Maxsius Musa manakala Rahman Shah Marajeh mengisi posisi ditinggalkan Gil Hoon untuk bergandingan dengan Hector Omar Ramos sebagai pemburu jaringan.

Dalam perkembangan lain, Jelius berkata, sesi pemilihan pemain import akan diteruskan selepas aksi bertemu FELDA United.

“Kita mengalami sedikit kesukaran untuk membuat pemilihan (pemain import), ini kerana kita juga terpaksa membuat persiapan untuk menghadapi saingan liga,” katanya.

Jelius turut mengakui berminat dengan pemain tengah dari Jepun, Keisuke Ogawa yang dilihat mampu menggantikan tempat Jaenyong. –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan