Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah hangatkan persaingan sebagai lokasi pertama uji bakat Kilauan Emas

Juri Kilauan Emas Musim Ke-5 Cikgu Syafi (kiri), Ayai (tengah), Dato’ Hattan (kanan)
Juri Kilauan Emas Musim Ke-5 Cikgu Syafi (kiri), Ayai (tengah), Dato’
Hattan (kanan)

KOTA KINABALU – Lebih daripada 200 peserta menyertai uji bakat rancangan realiti Kilauan Emas Astro yang diadakan di 1Borneo Hypermall hari ini.

Uji bakat yang memberikan peluang untuk bakat-bakat yang berumur 40 dan ke atas ini menjadikan Sabah sebagai persinggahan pertama dalam misi jelajah Kilauan Emas ke enam buah negeri termasuklah Sarawak, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.
Program berkenaan masih mendapat penyertaan dan sambutan yang menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat dan telah memasuki musim kelima bagi tahun ini.
Ketua Program Realiti dan Format Astro, Namanzee Harris berkata, memandangkan sambutan luar biasa yang diterima pada musim yang lalu, Aastro tidak teragak-agak untuk meneruskan pertandingan yang menampilkan bakat daripada golongan ‘otai’ ini.
“Kami percaya program realiti Kilauan Emas masih mendapat tempat di hati masyarakat dan masih terus diminati hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya lagi, kami menampilkan ikon-ikon yang sememangnya terkenal dalam industri hiburan seperti Datuk Hattan, Ayai ilusi, Siti Hajar dan Syahfizawati Sharif (Cikgu Syafi) sebagai panel juri.
“Mereka ini ditugaskan untuk menilai peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni, kreativiti dan penghayatan persembahan,” ujar Namanzee lagi.
Pada musim yang sebelumnya, program itu berjaya menampilkan juara yang sememangnya berbakat walaupun lewat usia dan mereka kebanyakkannya terdiri daripada golongan lelaki seperti Ali Norpiah daripada musim pertama, Ahmad Fuad (kedua), Mior Yazid (ketiga) dan Arip musim sebelumnya.
Juara program Gegar Vaganza yang juga bertindak selaku juri program itu, Ayai berkata, mereka berharap dapat mencungkil bakat daripada kaum wanita untuk memecahkan monopoli golongan lelaki pada tahun ini.
“Kami juga mencari seorang calon yang serba boleh dan mampu memberikan persembahan nyanyian daripada pelbagai genre,” tambahnya lagi.
Manakala salah seorang peserta berpotensi uji bakat yang berjaya ditemui, Benjamin Amilkasan, 54, memberitahu, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga untuk memasuki pertandingan ini.
Salah seorang peserta sedang beraksi
Salah seorang peserta sedang beraksi
“Ini merupakan kali pertama saya memasuki pertandingan nyanyian walaupun sudah berkecimpung dalam bidang ini sejak dari tahun 80-an lagi,” katanya selepas selesai membuat persembahan di hadapan para juri.
Penyertaan juga terbuka kepada para artis yang tidak terikat kepada sebarang sebarang syarikat rakaman dan tidak menerbitkan sebarang album dalam tempoh 5 tahun sebelumnya. Antara artis-artis yang pernah menyertai program ini ialah Ringgo (Arrow), Alina Hassan (Sinaran Pasport Kegemilangan TV3) dan juga Mama Rina (AF6).
Program Kilauan Emas musim ke-5 ini akan disiarkan di saluran Astro Prima bermula April ini. – oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan