Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Fest 2016 ketengahkan kisah pahlawan lagenda tempatan

7:06pm 30/04/2016 Leolerry Lajius 35 views Tempatan
Musa (kiri) memalu gong sebagai tanda perasmian pameran kraf tangan dan makanan yang turut diadakan pada pesta berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (kiri) memalu gong sebagai tanda perasmian pameran kraf tangan dan makanan yang turut diadakan pada pesta berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sabah Fest 2016 yang bertemakan ‘Gulu gulu’ berjaya mengetengahkan kisah pejuang tempatan terdahulu yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air tercinta.

Acara yang diadakan setiap tahun ini memilih watak pejuang tempatan iaitu Mat Salleh pada tahun ini sebagai penceritaan yang disampaikan melalui tarian dan juga drama musikal.

Persembahan itu turut melibatkan beberapa etnik yang terdapat di negeri ini iaitu Kadazan Penampang (Sumazau), Dusun Liwan Ranau (Medtemu dan Sumirip), Bajau Sama Semporna (Limbaiyan dan Kuntau), Suluk Sandakan (Singkil dan Pengalai Kab Kab) serta Dusun Tambunan (Magarang).

Kisah yang dibawakan dalam persembahan ini adalah perjalanan hidup Mat Salleh ketika zaman kolonial di antara tahun 1894 hingga tahun 1900.

Pesta yang diadakan di Auditorium, Kompleks JKKN Sabah kelmarin itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta pemimpin-pemimpin yang lain dan juga turut dihadiri oleh pelancong dari luar negara. -Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan