Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Fest 2016 bakal berlansung bermula 29 April hingga 1 May

10:23pm 04/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 103 views Tempatan,Warisan Budaya
Kenangan... Masidi bersama dengan dua orang pelakon utama persembahan teater Mat Salleh. Turut kelihatan, Siti (kiri), Irene (kedua kiri), Joniston (tiga dari kiri), Kamarlin (empat dari kiri), Ginun ( lima dari kanan) dan Gordon (empat dari kanan).

Kenangan… Masidi bersama dengan dua orang pelakon utama persembahan teater Mat Salleh. Turut kelihatan, Siti (kiri), Irene (kedua kiri), Joniston (tiga dari kiri), Kamarlin (empat dari kiri), Ginun ( lima dari kanan) dan Gordon (empat dari kanan).

KOTA KINABALU- Festival Sabah (Sabah Fest) 2016 bakal berlansung selama tiga hari iaitu bermula 29 April hingga 1 Mei, tahun ini di Dewan Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjung, festival tersebut bertemakan ‘Gulu- Gulu’ yang bemaksud ‘Zaman dahulu’.

“Pada tahun ini, kita memilih tema bagi mempamerkan sejarah perjuangan Datuk Paduka Mat Salleh yang dikatakan memberontak terhadap kerajaan Kolonel British pada sekitar tahun 1894 sehingga 1900,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Sabah Fest 2016, disini, hari ini.

Menurut Masidi, kisah Mat Salleh akan dipaparkan kepada penonton dalam bentuk teater muzikal dan tarian.

“Ertinya kita bukan sahaja mempersembahkan satu teater tetapi ia akan dipersembahkan dalam bentuk muzikal dan diselang- selikan dengan tarian tradisi,”katanya.

Katanya, terdapat beberapa aktiviti yang akan turut diadakan sepanjang festival tersebut.

Diantaranya, pameran kraftangan dan makanan tradisi yang akan bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam di sekitar kawasan JKKN.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi, Setiausaha Tetap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ginun Yangus, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Eksekutif Sri Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggun Charuruks, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Gordon Yapp dan Pengurus Besar Sri Pelancongan Sabah, Siti Bahiyah Damsal.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan ticket masuk pada harga RM 50 sahaja. Disamping itu, sebanyak 60 ticket percuma akan diedarkan kepada para pelajar di beberapa buah sekolah terpilih.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Pengurus acara, Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd, Zachary Mobijohn di talian 088-232121 atau email [email protected] Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan