Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah FA Keningau perlu suntikan dana

KENINGAU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) Keningau memerlukan lebih banyak suntikan dana kewangan bagi menjayakan pelbagai program yang dapat meningkatkan mutu bola sepak di daerah ini.
Presidennya Haji Yusop Osman berkata, selain itu dana tersebut juga boleh digunakan untuk program mencungkil bakat baru dalam arena sukan tersebut khususnya di kawasan pedalaman.
“Sabah FA Keningau mengalami masalah kekurangan dana.. oleh itu kita mengharapkan agar kerajaan khususnya Sabah FA Negeri dan badan-badan NGO di negeri ini dapat membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Pasukan Pilihan Keningau dan pasukan bekas pemain Sabah di Kompleks Sukan di sini pada malam Jumaat lepas.
Mengulas mengenai perlawanan persahabatan itu, Yusop berkata, ia bukan sahaja dapat menyemarakan lagi semangat kesukanan tetapi juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara mempromosikan sukan bola sepak di kalangan golongan muda.
Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan bekas pemain Sabah berjaya menewaskan pasukan pilihan Keningau dengan jaringan 2-0.
Kedua-dua gol kemenangan dijaringkan oleh Rizal Awang Jad.
Antara pemain pasukan bekas pemain sabah yang turun beraksi pada perlawanan itu Suharmin Yusof, Mohamad Jaya Kassim, Herman Limus, Rizal Awang Jad, Gasili Pangalot dan Syelvister Sindih. – oleh Kalawon Sawing / sayangsabah

 PASUKAN PILIHAN KENINGAU... Yusop bersalaman dengan pemain Pasukan Pilihan Keningau. - foto Kalawon Sawing / sayangsabah

PASUKAN PILIHAN KENINGAU… Yusop bersalaman dengan pemain Pasukan Pilihan Keningau. – foto Kalawon Sawing / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan