Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2016

2:57pm 28/07/2016 Leolerry Lajius 492 views Tempatan
Hajiji (tengah) mengambil  gambar bersama media yang hadir ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hajiji (tengah) mengambil gambar bersama media yang hadir ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sabah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 6 Ogos nanti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor berkata, majlis pelancaran berkenaan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Setiap tahun kita sediakan lebih 40,000 jalur gemilang termasuk bendera Negeri Sabah untuk diedarkan kepada masyarakat bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini.”

“Saya ingin menyeru agar seluruh masyarakat mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi sambutan ini dengan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda semangat patriotisme,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun 2016, di sini, hari ini.

Tambah beliau pada 31 Ogos nanti, akan diadakan perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah di Jalan Tun Fuad Stephens yang akan dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Juhar Haji Mahiruddin sebagai tetamu kehormat.

“Sempena sambutan berkenaan perbarisan kontinjen serta perarakan kenderaan yang melibatkan pasukan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan serta sekolah-sekolah akan diadakan dan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan.”

“Pada tahun lalu lebih 100 kontinjen telah terlibat dalam perarakan ini dan pada tahun ini dijangka penglibatan akan lebih ramai kerana setakat ini lebih 300 kontinjen yang telah mendaftar,”katanya.

Sepanjang bulan kemerdekaan ini orang ramai juga turut diberi peluang untuk menyertai pertandingan yang akan dianjurkan dan turut menawarkan hadiah yang lumayan.

Antara pertandingan tersebut adalah pertandingan keceriaan yang terbahagi kepada lapan kategori iaitu Bangunan Kerajaan,Bangunan Swasta dan Anjung Komuniti 1Malaysia yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000.00, kategori kampung dan taman perumahan yang menawarkan hadiah bernilai RM2,500.00, kategori sekolah dan pintu gerbang menawarkan hadiah bernilai RM2,000.00 dan kategori individu yang menawarkan hadiah bernilai RM500.00

Bagi pertandingan foto merdeka pula johan akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,500.00, naib johan RM1,000.00, ketiga RM700.00 dan lima saguhati dengan hadiah bernilai RM300.00.

Bagi pertandingan video pendek, johan akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000.00, naib johan RM700, ketiga RM500 dan tiga hadiah saguhati bernilai RM200.00.

Bagi pertandingan selfie merdeka yang hanya terbuka kepada pelajar sekolah, johan akan membawa pulang hadiah bernilai RM500.00, naib johan RM300, ketiga RM200 dan satu hadiah saguhati bernilai RM100.

Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini adalah sama seperti tahun lalu iaitu Malaysia Sehati Sejiwa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG_8717

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan