Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Dijangka Lebih Lembab Mulai Esok Hingga Khamis Depan

6:34pm 09/04/2016 Pak Roshan 2215 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TUARAN : Sabah dijangka mengalami cuaca lembab dengan hujan sekejap-sekejap mulai esok hingga Khamis depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau.

Beliau berkata berikutan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu, operasi pembenihan awan di Sabah bagi mengatasi jerebu di beberapa kawasan di negeri ini tidak diadakan sekiranya hujan.

“Hari ini, hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Sandakan, pantai barat dan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Akademik anjuran Pejabat Daerah Tuaran di sini, hari ini.

Ditanya mengenai operasi pembenihan awan itu, beliau berkata pihaknya dengan kerjasama MetMalaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia telah menjalankan operasi itu bagi menghasilkan hujan di kawasan Beaufort hingga Penampang.

Bagaimanapun, operasi itu hanya menurunkan hujan selama 30 minit memandangkan kurangnya awan jenis kumulus menara di langit Sabah.

Sementara itu, Madius yang juga Anggota Parlimen Tuaran mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama pada musim panas kerana api mudah merebak.

Beliau berkata lima daerah di Sabah dikategorikan sebagai tahap 1 iaitu dalam keadaan berjaga-jaga kerana mencatatkan suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Lima daerah itu ialah Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan