Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Dicadang Tambah 7 Kerusi DUN

sabahspr

KOTA KINABALU – Sabah dijangka mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dalam persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Walaupun jumlah sebenar belum dinyatakan secara rasmi, cadangan pertambahan kerusi DUN telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubungnya untuk dipertimbangkan.

Pengarah SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar kerusi baharu untuk Sabah, sebaliknya hanya mengatakan bahawa cadangan itu akan dipamerkan untuk maklum balas orang ramai pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sabah kini mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen.

Parti-parti politik terutama yang mewakili masyarakat Kadazandusun seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Upko dilaporkan menuntut pertambahan kerusi di kawasan yang diwakili mereka berdasarkan pertumbuhan jumlah kerusi dan pengundi.

Antara kawasan yang dicadangkan ialah Bukit Garam (di bawah Parlimen Kinabatangan), Langkon (Kota Marudu), Sepagaya (Lahad Datu), Pandasan (Kota Belud), Limbahau (Papar), Mengkabong (Tuaran), dan Darau (Sepanggar). – mStar Online

Komen


Berita Berkaitan