Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah destinasi pelaburan yang digemari pelabur asing

3:43pm 09/08/2016 Leolerry Lajius 46 views Tempatan

KOTA KINABALU: Setakat bulan Mac 2016, Sabah telah menerima lima projek pelaburan bernilai RM1.69 billion dan menyediakan 3,907 peluang pekerjaan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, hal ini meletakkan Sabah di tempat teratas dalam senarai pelaburan yang diluluskan setakat ini.

“Usaha promosi pelaburan yang dijalankan oleh kementerian saya telah berjaya membawa masuk pelaburan bernilai RM12.7 billion dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (RMK).”

“Sepanjang tempoh RMK 10 sektor pembuatan negeri juga telah menyumbang secara konsisten nilai eksport sejumlah RM3.3 billion setiap tahun dan ianya dijangka akan meningkat pada masa yang akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Likas Wong Hong Jun, sempena persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah(DUN)  mesyuarat kedua penggal keempat di DUN Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Raymond yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menyatakan bahawa faktor utama Sabah menjadi salah satu destinasi pelaburan yang digemari pelabur asing adalah kerana kestabilan politik dan sosial di mana ia menyediakan iklim pelaburan dan perniagaan yang kondusif kepada bakal-bakal pelabur.

“Sabah juga menjadi pilihan utama pelabur asing kerana kaya dengan sumber alam semula jadi untuk diproses menjadi produk-produk bernilai tambah yang tinggi di samping berada di kedudukan yang strategik,”katanya.

Tambah beliau dalam RMK 11 projek-projek yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi pembangunan perindustrian di Sabah adalah pembesaran Pelabuhan Kontena Sepanggar, pembangunan tambahan POIC Lahad Datu fasa 3A termasuk pelabuhan kontena serta pergudangan kemudahan penyimpanan minyak kelapa sawit.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan