Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah dapat RM1.2j untuk bantu pekebun kecil getah

risda

KENINGAU: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM130 juta bagi meringankan bebanan pekebun kecil getah di seluruh negara berikutan kejatuhan harga getah pada masa ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, setakat ini RM110 juta telah diserahkan kepada kira-kira 221,000 pekebun kecil getah terbabit.

“Daripada jumlah itu katanya, Sabah mendapat RM 1.2 juta membabit pekebun- pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah Negeri Sabah 2014 di Dewan Masyarakat di sini, kelmarin.

Katanya, dalam bantuan One-Off itu, pekebun kecil yang mempunyai kebun getah sendiri tidak melebihi 2.5 hektar layak mendaftar sebagai penerima selain memenuhi syarat yang telah ditetapkan melalui RISDA.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pucuk pimpinan sentiasa peka dan mengambil tahu keperluan rakyat, terutama menjelang perayaan dan usaha menangani penurun harga getah dengan memberi bantuan sewajarnya, ini meyakinkan rakyat bahawa kerajaan ikhlas dalam membela nasib rakyat,” katanya.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk mempastikan semua golongan rakyat dapat menikmati ekonomi yang terbaik, termasuk meningkatkan permintaan kerana permintaan dari china dan lain negara menurun, menyebabkan harga getah negara juga turun dan ini perlu distabilkan dengan meningkatkan permintaan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kejatuhan dan penetapan harga getah adalah bergantung kepada pasaran antara bangsa dan ia bukan ditetapkan oleh kerajaan.

Komen


Berita Berkaitan