Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH DAN SINGAPURA ERATKAN HUBUNGAN EKONOMI DUA HALA

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean bersalaman mesra dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas sarapan bersama di Hotel Pacific Sutera hari ini di sini. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Pertemuan dua sahabat lama semasa sarapan hari ini membuahkan peluang pelaburan dua hala bagi Sabah dan Singapura.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean bersarapan di Hotel Pacific Sutera di sini pagi tadi.

“Saya amat gembira kerana dapat kembali ke Sabah dan juga bertemu dengan sahabat lama saya. Saya telah mengenali beliau (Mohd Shafie) begitu lama sekali,” kata Teo kepada media dalam sidang media bersama dengan Mohd Shafie.

Timbalan Perdana Menteri Singapura yang berada di sini sejak Jumaat dalam rangka lawatan tiga hari ke Sabah berkata banyak perkara yang mereka bincangkan terutamanya tentang cara bagi menguatkan lagi hubungan ekonomi antara Singapura dan Sabah.

Menurutnya, Singapura mahu terus memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan Sabah, khususnya dalam bidang pelancongan, pendidikan teknikal dan vokasional serta pembangunan hartanah.

“Saya gembira datang ke Kota Kinabalu, membincangkan kerjasama antara Singapura dan Sabah. Kami membincangkan pelbagai perkara mengenai kaedah untuk bekerja lebih rapat.

Teo dan Mohd Shafie bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama di Hotel Pacific Sutera di sini hari ini. Gambar SNT /Ehsan Jabatan Penerangan

Teo berkata Sabah mempunyai produk pelancongan terbaik dengan terdapat pelbagai lokasi menarik ditawarkan kepada para pelancong termasuk di kawasan pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Tawau dan Semporna.

“Saya melihat Sabah mempunyai produk (pelancongan) yang menarik. Ramai rakyat Singapura datang ke sini dan ramai juga yang mengenali Gunung Kinabalu serta pulau-pulau di sekitar sini (Kota Kinabalu) tetapi agak kurang yang tahu mengenai pantai timur Sabah. Kami berharap dapat menambah bilangannya dan mungkin melabur dalam sektor pelancongan di sini,” katanya.

Mengenai pendidikan teknikal dan vokasional, Teo berkata, bidang itu turut dibincangkan kerana Mohd Shafie menyatakan minat untuk menyediakan kemahiran kepada golongan muda untuk masa depan mereka.

Beliau turut menjemput Mohd Shafie mengadakan lawatan rasmi ke Singapura untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, sekaligus membincangkan kerjasama secara mendalam.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata perbincangan dua hala itu tidak hanya memberi tumpuan kepada bidang pelancongan serta pendidikan teknikal dan vokasional, malah pembangunan hartanah bagi menarik pelabur asing.

Beliau berkata penerbangan terus dari Singapura ke pantai timur Sabah juga antara perkara dibincangkan ke arah meningkatkan kehadiran pelancongan ke Sandakan, Tawau dan Semporna untuk menikmati keindahan pantai, pulau serta makanan laut di kawasan berkenaan.

Teo bersama isteri, Chew Poh Yim kemudian menuju ke Istana Negeri untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tuan Yang diPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebelum melawat pengkalan tentera laut Sepanggar pada sebelah petangnya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan