Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH DAN MELAKA ERATKAN HUBUNGAN DUA HALA

Adly (kiri) menyerahkan cenderakenangan kepada Shafie (kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima kunjungan hormat daripada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di sini, hari ini.

Menurut Adly, kunjungan hormat tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Melaka dan Sabah.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri Melaka akan mengadakan Tahun Melawat Melaka pada tahun 2019.

“Antara perkara yang menjadi fokus adalah menyediakan lapangan terbang dan penerbangan terus dari Melaka ke Kota Kinabalu dengan kerjasama syarikat penerbangan dan Kementerian Pengangkutan.

Adly (kiri) berbincang dengan Shafie (kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

“Jika ada perhubungan terus dengan Sabah, maka kegiatan pelancongan dapat diperkembangkan di Melaka dan juga Sabah,” katanya kepada media.

Tambah Adly, kerjasama antara Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka juga dibincangkan dalam memajukan sektor perladangan di Tawau.

“Kerjasama yang baik di antara negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.- SabahNewsToday / Penerangan.

Komen


Berita Berkaitan