Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Cheshire Home terima sumbangan Kerajaan Jepun

Rowland (dua dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Konsulat Jepun Shinji Urabayashi San.
Rowland (dua dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Konsulat Jepun Shinji Urabayashi San.

KOTA KINABALU – Sabah Cheshire Home hari ini menerima sumbangan sebuah kenderaan van yang dilengkapi sistem elektronik khas yang dapat membantu golongan kurang upaya menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

Presidennnya, Datuk Rowland Chin berkata bahawa sumbangan  kenderaan jenis Toyota Hiance Window Van daripada Kerajaan Jepun itu juga datang tepat pada masanya bagi menggantikan kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 tahun lepas.

“Menerusi sumbangan itu, ia akan melancarkan lagi kerja amal yang dijalankan oleh pihak persatuan serta memberi ruang yang lebih selesa kepada golongan kurang upaya,” katanya  lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis rasmi penyerahan sumbangan daripada Kerajaan Jepun yang disampaikan oleh Konsulat Jepun di Kota Kinabalu, Shinji Urabayashi San di Likas hari ini.

“Justeru itu, seluruh warga Sabah Cheshire Home mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun di atas sumbangan yang diberikan itu,” katanya lagi sambil berharap agar kerjasama dalam kerja amal yang terjalin sejak sekian lama dengan sukarelawan negara itu akan berkekalan.

 – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan