Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah catat peratusan tinggi pengambilan alkohol

6:38pm 17/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 97 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab menerima cenderamata daripada A/Prof. Munudasa Winslow di majlis itu.

JAINAB menerima cenderamata daripada A/Prof. Munudasa Winslow di majlis itu.

KOTA KINABALU- Sabah merupakan antara negeri yang mencatat pengambilan alkohol (alcohol) tertinggi di negara iaitu 18.4% selepas Kuala Lumpur (20.3%) dan Sarawak (19.7%), kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid berkata kajian yang dijalankan oleh UMS mendapati 17% daripada populasi Sabah adalah peminum alcohol yang tegar, manakala 50% daripadanya minum secara risiko (bahaya).

Menurutnya, usaha menangani masalah ketagihan alkohol dikalangan rakyat memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk dikalangan professional, doktor dan rakyat secara keseluruhan.

“Matlamat kita ialah untuk memulihkan masalah ketagihan alkohol yang dihadapi oleh peminum tegar”, tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan “International Asia Pacific Behavioural & Addiction Medicine Conference (APBAM)” di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berharap, latihan dan perkongsian maklumat menerusi persidangan itu akan membantu pendidikan dan rawatan pemulihan penagihan alkohol di Malaysia.

Persidangan tiga hari itu disertai oleh 150 peserta dari dalam dan luar negeri, telah dianjurkan oleh Promises Healthcare Singapore dan Solace Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mercy Malaysia, Asia Pacific Certification Board (APCB), Association of Psychotherapists and Counsellors Singapore (APACS).

Ini merupakan kali pertama persidangan itu diadakan di luar Singapura.

Turut hadir ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri, Encik Bakri Bibi, Pengarah Eksekutif Promises Pte.Led, Singapura, A/Prof Munidasa Winslow, CEO & Pengerusi Solace Sabah, Dr.Prem Kumar Shanmugam dan head of the department of Biomedical Sciences & Therapeutics UMS, Prof. Dr. John Arnold Urban D’Souza.-SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan