Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah catat peratusan tertinggi kes HIV disebabkan perbuatan seksual

5:57pm 24/05/2016 Leolerry Lajius 2839 views Tempatan
Jainab ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan peratusan tertinggi kes HIV yang disebabkan perbuatan seksual berbanding negeri-negeri lain.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sejak tahun 1991 hingga tahun 2015, sebanyak 2281 kes HIV yang telah direkodkan melibatkan 89.6% kes Heteroseksual, 3.2% kes Homoseksual dan Biseksual.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Panglima Jainab Hj. Ahmad Ayid, kes HIV di negeri ini yang mancatatkan peratusan yang tertinggi akibat perbuatan seksual berbanding negeri-negeri lain wajar diberi perhatian dan memerlukan penyelesaian yang segera.

“Kes ini harus dipandang serius dan pihak saya juga telah berbincang dengan pihak kementerian pelajaran agar menjalankan aktiviti atau penerangan yang memberi fokus kepada pelajar mengenai pendidikan seks bagi mengelakkan kes ini daripada terus meningkat.”

“Kita tidak akan memasukkan pendidikan seks ini dalam silibus pembelajaran tetapi kita akan menjalankan kerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan untuk membuat aktiviti bagi memberi penerangan kepada pelajar mengenai hal ini,”katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat majlis tindakan membanteras dadah peringkat Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Jainab turut menyatakan  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah merekodkan sebanyak 586 aduan berkaitan aktiviti kesalahan dadah di seluruh negeri khususnya dikawasan luar bandar sepanjang tahun lalu dan jumlah itu mencatat peningkatan sebanyak 37 peratus diseluruh Sabah berbanding tahun sebelumnya iaitu 368 aduan direkodkan.
“Manakala bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, AADK Sabah merekodkan sebanyak 262 aduan dan bilangan ini menunjukkan sebanyak 45 peratus direkodkan daripada aduan sepanjang tahun lalu,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Jainab berkata, sebagai usaha menghapuskan dan mengurangkan gejala dadah di negara ini, AADK menetapkan sebanyak 178 kawasan berisiko tinggi akan dibersihkan.

Katanya, di peringkat fasa pertama, sebanyak 14 kawasan berisiko tinggi diberi fokus utama dimana kawasan terlibat di negeri ini ialah di Merotai dan Tawau.
“Pelaksanaan ini akan diperluaskan ke atas enam lagi kawasan berisiko tinggi di Sabah iaitu Sandakan (1); Kota Kinabalu (3); Beaufort (1) dan Keningau (1).
“Strategi sedia ada melalui ketiga-tiga ‘core business’ AADK dengan kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,NGO dan komuniti terus diperkukuhkan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan