Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah catat kes kehamilan remaja tertinggi di Malaysia

KOTA KINABALU:  Sabah mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 4,795 kes dan 372 kes daripandanya adalah yang tidak berkahwin.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, statistik ini adalah berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan Malaysia yang berdaftar dengan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah jainab laporan Polis Diraja Malaysia juga mununjukkan bahawa jumlah pembuangan bayi di Malaysia dari tahun 2011 sehingga Jun tahun 2015 adalah sebanyak 435 kes bagi negeri Sabah.

“Remaja merupakan aset yang penting untuk negara dan kita harus berganding bahu dengan mengadakan pelbagai program bagi membimbing golongan ini untuk membentuk jati diri dan hala tuju mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sebening kasih, sejuta harapan melestari keluarga bahagia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para peserta terhadap masalah gejala sosial di Dewan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar pagi tadi. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Gambar Oleh Alexion Mairin

Gambar Oleh Alexion Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan