Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Catat Jumlah Penghidap Talasemia Tertinggi Di Malaysia

7:30pm 18/05/2016 Pak Roshan 1609 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
sakit-600x366

gambar hiasan

KUNAK : Sabah merekodkan jumlah penghidap talasemia tertinggi di negara ini, kata Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Asits Sanna.

Beliau berkata jumlah penghidap talasemia di Sabah pada tahun lepas ialah seramai 1,699 orang, berbanding 1,528 pada 2014.

“Sabah turut berada di kedudukan teratas bagi pembawa terkumpul penyakit talasemia, seramai 15,759 orang pada 2014 dan 17,760 orang pada tahun lepas,” katanya pada majlis pelancaran Sambutan Hari Talasemia Antarabangsa peringkat Sabah di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang.

Dr Asits berkata daerah yang mencatat kes talasemia paling tinggi di Sabah pada tahun lepas ialah Nabawan dengan 278 kes diikuti Kota Marudu (256), Kudat (248), Tambunan (191), Tenom (169) dan Keningau (150).

Katanya daerah yang mencatat kes talasemia terendah di Sabah pula ialah Papar dengan 1.8 peratus daripada setiap 100,000 orang, diikuti Tawau (2.1 peratus), Kinabatangan (9 peratus) dan Sandakan (19 peratus).

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nilwan mengajak masyarakat agar memberi kerjasama kepada Jabatan Kesihatan negeri bagi mencapai sasaran sifar talasemia di Sabah menjelang 2030.

Katanya inisiatif kerajaan melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan terhadap talasemia melalui program saringan talasemia, kaunseling dan aktiviti promosi kesihatan seluruh negara, adalah bukti kerajaan Malaysia amat prihatin dengan kesihatan rakyat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan