Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah catat 888 Rukun Tertangga, tertinggi seluruh negara dalam tempoh 40 tahun

Muhyiddin (tiga dari kanan) menyampaikan Penghargaan Emas Rukun Tetangga kepada salah penerima dalam majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah. Turut kelihatan, Musa (dua dari kiri) dan Kurup (dua dari kanan). - foto Jabatan Penerangan
Muhyiddin (tiga dari kanan) menyampaikan Penghargaan Emas Rukun Tetangga kepada salah penerima dalam majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah. Turut kelihatan, Musa (dua dari kiri) dan Kurup (dua dari kanan). – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Sabah mencatat sejarah tersendiri apabila muncul negeri paling tinggi dari segi bilangan rukun tetangga (RT) di seluruh negara dalam tempoh 40 tahun program itu ditubuhkan iaitu dengan jumlah 888 RT, bagi tahun ini.

Mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, jumlah itu adalah daripada 7,148 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara.

“Di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) sahaja, jumlah rukun tetangga ialah sebanyak 370 atau 41 peratus daripada keseluruhan RT di Sabah,” katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri Kabinet negeri. Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) dengan kerjasama kerajaan Sabah.

Kurup berkata, pencapaian RT di Sabah itu sekaligus membawa maksud atau erti sebenar apa yang diperkatakan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Katanya, ia juga menunjukkan keprihatinan kerajaan Pusat dalam memastikan bukan sahaja soal keselamatan terjamin tetapi juga mengambil berat tentang isu kesejahteraan rakyat di kawasan keselamatan itu.

“Saya percaya kerjasama rukun tetangga dengan agensi-agensi kerajaan di kawasan ini akan meningkatkan lagi usaha kita untuk menjaga keselamatan seterusnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada Sabah dan negara amanya,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan