Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah catat 1,055 kes denggi

Edward Yong Oui Fah. - foto Ille Tugimin
Edward Yong Oui Fah. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,055 kes demam denggi telah dilaporkan di Sabah, iaitu peningkatan sebanyak 729 kes atau 223.6 peratus berbanding pada tempoh sama pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai dua pesakit telah meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan denggi iaitu masing-masing di Kota Kinabalu dan Semporna.

Menjelaskan perkara itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Ooi Fah berkata, daerah yang menyumbang terhadap bilangan kes denggi tertinggi ialah Kota Kinabalu dan Penampang.

“Bagi Kota Kinabalu mencatatkan 567 kes dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 463 kes (734.9 peratus) berbanding tempoh sama tahun lalu manakala daerah Penampang pula, sebanyak 156 kes, meningkat 150 kes,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Limus Jury (Kuala Penyu-BN) apakah tindakan kerajaan untuk mencegah penularan kes denggi berikutan peningkatan kes kematian yang berlaku pada masa ini.

Edward berkata, pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri sedang memantau dengan rapi peningkatan trend kes demam denggi di negeri ini dan mengambil langkah proaktif termasuk menjalankan Ops Mega `Operasi Kawalan dan Pencegahan Denggi’ untuk menangani denggi di peringkat negeri dengan pengkhususan pencegahan dan kawalan di daerah Kota Kinabalu dan Penampang.

Ujarnya, operasi berkenaan bermula sejak 1 Mac lalu dengan melibatkan seramai 174 anggota kesihatan pelbagai kateogri seluruh negeri yang terdiri daripada 43 pasukan kawalan dan pencegahan, enam pasukan entomologi (kaji serangga), promosi kesihatan (tujuh) dan satu pasukan Penguatkuasa Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

Dalam hal ini, katanya, beberapa tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi lokaliti bermasalah penyakit denggi termasuk kawasan Likas dalam usaha mencegah penularan kes denggi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan