Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah bukan transit pengganas, IS: Hishamuddin

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. - foto Alex Mairin
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Penaiktarafan di pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepangar, Kota Kinabalu akan dipertingkatkan terutama melibatkan aset ketenteraan bagi memastikan sistem pertahanan di Sabah terus diperkukuhkan dalam berdepan sebarang ancaman.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, usaha itu bukan sahaja memerlukan penglibatan semua agensi tetapi juga anggota masyarakat keseluruhannya kerana peningkatan aset keselamatan merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromi dalam memastikannya dapat terus digunakan sebagai mungkin bagi membolehkan keselamatan di negeri ini terjamin.

Menurut beliau, inisiatif penambahbaikan itu perlu dilakukan secara fokus kerana laporan terkini perisikan dan perkembangan semasa di selatan Filipina menunjukkan bahawa Sabah terdedah kepada ancaman pengganas yang boleh mengugat keselamatan awam dan kedaulatan negara.

Hishamuddin (kiri) memeriksa perbarisan anggota TLDM setibanya beliau di pangkalan TLDM Sepangar, Kota Kinabalu. - foto Alex Mairin
Hishamuddin (kiri) memeriksa perbarisan anggota TLDM setibanya beliau di pangkalan TLDM Sepangar, Kota Kinabalu. – foto Alex Mairin

“Walau bagaimanapun, dalam konteks IS di Sabah, saya tidak melihat negeri ini sebagai transit utama (di antara kumpulan pengganas di selatan Filipina dan Indonesia). Kedua, ancaman IS adalah berbeza dengan ancaman yang kita hadapi sebelum ini melibatkan al-Qaeda, JI, Mat Top dan Mat Selamat.

“Ancaman IS merupakan sesuatu yang baharu dan ia menjadi isu yang bukan sahaja Malaysia berusaha menanganinya, malah kuasa-kuasa besar juga mengambil langkah sama.

“Justeru, saya fikir cara terbaik melihat situasi di Sabah kini adalah terkawal. Begitupun, apa yang boleh simpulkan dalam lawatan selama tiga hari di Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau dan Kota Kinabalusaya berpuas hati terhadap usaha meningkatkan sistem pertahanan udara, laut dan darat di negeri ini dan ia adalah langkah proaktif kita dalam menghadapi sebarang ancaman,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan TLDM di Sepangar, di sini hari ini.

Hishamuddin tidak menafikan, kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Abu Sayaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) turut menggunakan media sosial menyebarkan aktiviti keganasan mereka.

Katanya, ia terbukti apabila ketiga-tiganya mengumumkan dalam media sosial menyokong perjuangan melampau IS dan ancaman itu sememangnya menjadi kebimbangan mana-mana pemimpin pada masa kini yang berusaha untuk menghalang fahaman IS merebak ke negara masing-masing. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan