Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah bukan sekadar pelengkap

JELIUS Ating. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Walaupun berdepan laluan sukar diundi bersama tiga pasukan dari Liga Super, pengendali Sabah, Jelius Ating mahu pasukannya mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Selepas kali terakhir beraksi pada pertandingan berprestij itu tujuh tahun lalu, Jelius berkata, beliau tidak mahu skuadnya dianggap sekadar pelengkap sebaliknya perlu muncul antara pencabar utama.

“Secara peribadi saya amat gembira kerana kami kembali bermain dalam kancah Piala Malaysia, sudah sekian lama… enam tahun tidak layak dan tahun ini kami layak secara merit, ini satu peningkatan yang baik.

“Harapan saya kami bukan hanya pelengkap senarai pasukan, malah akan cuba sedaya upaya untuk pergi lebih jauh, kalau boleh kami mahu hingga ke separuh akhir,” katanya ditemui pada sesi latihan skuad Sabah di Kompleks Sukan Likas, di sini, semalam.

Jelius berkata, beliau berpuas hati dengan undian bagi menentukan pasukan di peringkat kumpulan walaupun sedar tiga pasukan yang akan dihadapi memiliki reputasi besar dalam arena bola sepak negara.

Sabah diundi dalam kumpulan D bersama Pahang, Selangor dan PKNP FC.

“Pahang dan Selangor finalis Piala FA musim ini manakala PKNP FC beraksi pada separuh akhir pertandingan sama. Tiga pasukan ini mempunyai reputasi baik walaupun kedudukan mereka dalam Liga Super tidak begitu baik.

“Bagaimanapun, suasana beraksi dalam Piala Malaysia pasti berbeza dengan saingan liga, kami pasti lebih bersemangat, siapa pun yang kami hadapi, akan ditentang habis-habisan,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Sabah dalam Piala Malaysia adalah muncul naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2002 dan 2003.

Pasukan itu akan memulakan kempen Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan