Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah berpotensi mengalami angin kuat sehingga september ini

4:16pm 24/08/2016 Leolerry Lajius 1494 views Kota Kinabalu,Tempatan
Lokasi kawasan yang terjejas, kawasan perairan Palawan, Reef North dan Layang-Layang

Lokasi kawasan yang terjejas, kawasan perairan Palawan, Reef North dan Layang-Layang

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi mengalami angin kuat dan pembentukan ribut petir atau garis badai (squall line) sehingga September ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud berkata cuaca ini disebabkan oleh Monsun Barat Daya dan kehadiran ribut tropika di Laut China Selatan dan Lautan Pasifik yang berpotensi meningkatkan kekuatan angin monsun sejak Mei lalu.

“Kekuatan angin monsun di perairan Laut China Selatan memudahkan pembentukkan ribut petir atau garis badai di luar pesisir Bahagian Pantai Barat Sabah dan akan menyebabkan ribut pada waktu malam sebelum melanda ke daratan pada waktu pagi.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora berkuatkuasa sehingga hari ini dan angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) yang boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya pada Selasa.

Walau bagaimanapun, kawasan pendalaman atau kawasan yang terlindung oleh banjaran gunung bebas daripada pengaruh monsun berkenaan dan antara lokasi yang akan terjejas adalah kawasan perairan Palawan, Reef North dan Layang-Layang.

Jelas Azmi, garis badai merupakan garisan ribut petir yang bergerak dengan panjangnya boleh mencapai seratus kilometer  dengan tempoh hayat lebih lama daripada ribut petir biasa.

Selepas Monsun Barat Daya, negara dijangka mengalami Peralihan Monsun pada Oktober dan diikuti dengan Monsun Timur Laut pada November 2016 hingga Mac 2017.

Sementara itu, kawasan Pantai Barat dan Kudat juga dijangka menerima peningkatan jumlah hujan 20 sehingga 40 peratus dari paras purata dari bulan Ogos hingga September kesan sampingan peningkatan jumlah ribut tropika di Laut China Selatan atau Timur Filipina yang terbentuk semasa fenomena La Nina lemah.Asmidar Zainol & Ahmad Mariff/PENERANGAN

Azemi menunjukkan pergerakan awan dan tiupan angin yang dipapar skrin komputer beliau.-Penerangan

Azemi menunjukkan pergerakan awan dan tiupan angin yang dipapar skrin komputer beliau.-Penerangan

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan